Selasa, 29 Mac 2011

cerpen pertamaku

“assalamualaikum selamat pagi “, sapaa gadis belasan tahun ..dgnya ku cuba memahami siapa diriku sebenarnya , dgnya ku berada di bumi ALLAH ..dgnya ku bersama mereka yg lain dlm pertempuran ini .. ku memjejaki bumi al-islah ini ketika ku memasuki pintu gerbang ini ..perasaan gemuruh ku menerpa ku ..ketakutan menghantui ku ..keluh kesah dlm dada ku hya ALLAH yg tahu…
Batinku melangkah demi langkah sehingga berada dihadapan van berwarna hijau tua ..dan ketika itu aku lihat terlalu ramai berpusu –pusu menaiki van hijau tua …

“kak asal lambat hr ni , kalau tak kami semua tinggal akak tau”
Ala abah akak ada kerja hr ini ..” ..kami berdua  buntu ..mencari idea utk berhujah ..hya kedengaraan radio dipasangkan ..

Jah !  nama panggilanku … aku menoleh kearah suara yg memasuki gerbang telingaku ..rupanya kakak eton ,

Jah ambil STAM ka ? buat yg terbaik tau..
InsyaALLAH  kakak eton

Hbis tu nak ambik kos apa ?”

Ehm …kos pngajian islam dlm bidang kepimpian …
Insyaallah …

Nak lanjut kat mana ? “ , mesir ka .jordon ka
Kalau ada rezeki inyaallah nak gak belajar  luar Negara

“insya ALLAH “
AMIN..YA RABBI …ku membisk dlm hati …amin ya rabbi
Smoga impian ku termakbul …

 Aku dan akak eton buntu masing-masing mencari idea utk berhujah adakala ku melihat wajah akak eton mengingati aku di mahaad …peristiwa  di mahaad membuat aku tersenyum sendiri …

Apakah ku boleh mengulangi kisah yang lalu?

Radio ikim menjadi wadah halwa telinga waktu pagi ..dan menghayati lagu-lagu di putar ..



Aku pulak  tersengih seseorang diri takala melihat wajah pemandu arah kami memputarkan volume yang tinggi apabila nasyid aiman  dinyanyikan ..

Tapi ..mungkin tengah layan perasan ..sendiri  kot? Aku cuba membuat andaian sendiri  jika benar manusia itu jatuh cinta kepada dunia maka mereka  kehilangan sesuatu berharga..utk mereka .

Kadang –kadang kehidupan kita perlukan cinta ..kerana cinta lah kita mengenal siapa pencipta , kerana cinta lah kita mengenal  masyrakat disekeliling kita …

Cinta itu fitrah semulajadi insan, ianya adalah satu keperluan dlm kehidupan..Namun masalahnya wujudnya cinta terlarang antara insan, bila mana cinta itu menafikan peraturan yg telah ditetapkan oleh Tuhan..Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan mengikut peraturan, maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan dalam percintaan.. Bukan dinamakan cinta jika menafikan peraturan Tuhan, kerana cinta itu sebenarnya mendekatkan lagi jiwa seorg insan kpd Tuhan, namun jika ia sudah berlaku sedemikian, itulah tanda ianya sudah menjadi kehendak nafsu didlm jiwa insan...


Kerana cinta kita wujud di dunia  ini

Ku cuba melayan perasan diri ...dan dikala itu perasaan cinta timbul di hati
Aku cuba
Menghayati kata –kata dari penulis ustaz pahrol juoi
Sesetengah itu aku copy kan dari blog ustaz pahrol juoi

Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan. Temuilah bahagia ketika kita mencarinya.  Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya.

Carilah harta, tetapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu walau sekelip pun. Maknanya, tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua pun keadaan.






ku cuba selitkan mindaku dengan kata –kata dari

 Imam Ghazali rhm berkata : Barangsiapa mengakui 4 perkara tanpa disertai 4 perkara yang lain,maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan,maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad s.a.w tetapi tidak cinta kpd ulama' dan fakir miskin,maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku takutkan neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat,maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-Nya,maka dia adalah pendusta.

Dan ku cuba melakarkan kisah nabi muhammad saw dalam rumahtangga

Lihatlah Rasulullah saw. Betapa sibuknya bagainda… tetapi masih ada masa berlumba lari bersama Aisyah isterinya. Betapa besar perjuangannya… tetapi masih mampu meluangkan masa bersama isteri yang hendak melihat tarian dan permainan pedang di suatu Hari Raya. Ketika baginda kaya, dikorbankannya harta… kerana baginda tidak kehilangan cinta. Ketika baginda miskin… dihadapinya dengan sabar kerana di dalam hatinya tetap ada cinta. Baginda tidak pernah kehilangan cinta kerana di dalam hatinya ada cinta yang lebih besar… cinta Allah!




























Ku jua tidak melupakan  kata –kata  dari sahabat ku

Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)












Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.






Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri
(umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan  nafsu.
Dan fikiran ku bermain dengan kata –kata dari novelis habiburrahman ketika cinta bertasbih

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
Dan ku jelaskan panjang lebar,
Namun jika cita ku datangi
Aku jadi malu pada keteranganku sendri
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan
Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping
Begitu sampai kepada cinta
Dalam menguraikan cinta
Aku terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan




Ya rabbi …
 Kekadang ku lemah , ku selalu tersungkur dek dipandang oleh insan – insan mu
 Namun ku jua tidak mampu menahan nya
Ya ALLAH
Semoga engkau lindungi lah aku dari fitnah dunia


Mata ku tiba 2 terasa ditiup angin  , dan ku terlelap sedikit …ketika itulah fikiran ku terkenang ketika ukhuwah aku dan sahabat ku terjalin

“Aiwah , bgus anti .., “
Sama –sama , sahabat …

Tiada ulasan: